Sabtu, 10 Januari 2009

mEnGeNaLi dIRi sENdIrI

Perlukah kita mengenal siapa diri kita sendiri?

Inginkah kita mengetahui dimanakah kedudukan kita disisi Tuhan kita?

Sebagai seorang pemuda pemudi muslim, hendaklah kita mengenal diri kita sendiri agar kita dapat memperbaiki kelemahan dan meningkatkan diri kita disisi Allah. Insya-Allah.

Menurut ajaran Islam, mulia dan hinanya seseorang manusia itu disisi Allah berdasarkan taraf iman masing-masing. Siapa yang tinggi imannya, dialah yang termulia dalam pandangan Islam. Siapa yang rendah imannya atau tidak ada iman langsung akan jadi hina sehina-hinanya.

Apa tu IMAN?

Iman ditakrifkan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud “ Yakini dengan hati, diikrarkan dengan lidah dan dilaksanakan dengan perbuatan.” ( at-Tabrani )

Ertinya apabila seseorang itu telah beriman, dia dikatakan telah percaya dalam hatinya, mengaku dengan lidahnya dan terus mengamalkan apa yang diyakininya itu.

Mari kita mengenal tahap IMAN kita ^_^

Iman diantara seseorang dengan seseorang manusia itu tidak sama. Mengikut pengajian ilmu tauhid, para ulama telah membahagikan iman kepada lima peringkat:

1- Iman Taqlid
2- Iman Ilmu
3- Iman ‘Ayyan
4- Iman Hak
5- Iman Hakikat

*Iman Taqlid*
Iman orang jahil yang cuma tahu mengikut sahaja.

*Iman Ilmu*
Iman yang berdasarkan ilmu pengetahuan sahaja iaitu seseorang yang telah mempelajari dan memahami tentang Allah dan rukun Iman.

*Iman ‘Ayyan*
Lebih tinggi daripada Iman Ilmu. Seseorang yang beriman dengan ilmu ingin meningkatkan kepada Iman ‘Ayyan, ia handaklah melakukan latihan bersungguh-sungguh melawan nafsu ( mujahadatunnafs) yang bersungguh-sungguh. Setelah melalui latihan itu barulah orang yang beriman ilmu akan meningkat imannya kepada Iman ‘Ayyan.

*Iman Hak*
Iman yang sebenar dan yang dicapai sesudah seseorang itu mencapai Iman ‘Ayyan. Seseorang yang telah mencapai Iman Hak ialah orang yang mata hatinya sentiasa melihat Allah, ertinya setiap kali ia melihat kejadian Allah, hati dan fikirannya akan tertumpu kepada Allah lalu ia membesar dan mengagungkan Allah.

*Iman Hakikat*
Peringkat iman yang tertinggi dan paling sempurna sekali. Inilah taraf iman milik para Rasul dan Nabi serta para kekasih Allah.

Puas hatikah kita dengan iman yang kita miliki sekarang? atau kita ingin mempertingkatnya lagi?..
Wallahu a’alam.

Tidak ada komentar: