Sabtu, 10 Januari 2009

aqidah dan remaja...

Aqidah perlu diperkenalkan kepada pra remaja kerana pada peringkat umur tersebut mereka banyak terdedah kepada pengaruh-pengaruh di sekeliling serta belum boleh membezakan antara yang baik dan buruk. Lantas, pra remaja perlu mempelajari aqidah yang mengajar asas pembentukan pegangan atau pandangan hidup serta nilai Islam.

Melalui asas aqidah yang mantap, ia akan menghasilkan tingkah laku dan tindakan yang berdasarkan syariat Islam, bukan secara ikut-ikutan belaka.

Pra remaja perlu dibimbing dan dihormati tidak kira oleh siapa pun; sama ada ibu bapa, rakan ataupun mereka yang lebih dewasa atau lebih muda dari mereka.

Berdasarkan pengalaman sendiri, pada peringkat pra remaja, saya lebih mudah menerima suatu teguran atau nasihat jika diucapkan dengan cara atau pendekatan yang sesuai. Bukan dengan cara ditengking, dipaksa-paksa, disindir atau diugut.

Hal ini kerana kadangkala saya masih belum dapat mengerti mengapa harus melaksanakan suatu perintah Allah. Contohnya, mengapa harus mengeluarkan zakat. Ya, dengan mengeluarkan zakat, ia akan dapat membantu orang-orang yang lebih memerlukan. Namun, saya belum dapat menghayati hikmah, kepentingan dan tujuan di sebalik zakat, iaitu antaranya adalah ia dapat mensucikan diri dari sifat bakhil dan tamak serta untuk menegakkan kepentingan umum bagi menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan masyarakat.

Wallahu’alam

1 komentar:

indmaxo mengatakan...

hei cah ayu,,,,,,,,pa kabar?
oya met har raya idul fitri 1430H,minal aidzin wal faidzin, mohon maaf yg sebesar2x lahir dan batin,,,,
oya salam blogger pomosda nich,,,,
ni dg ka2 imam....
mampir ketempatq yaaaaaaaa,w'll talk about something...be happy.